Setiap pagi cik struggled untuk bangun at 5.30am, and most of the time, memang tak dapat punya. Statistik: sebulan sekali pun payah nak dpt.
Biasanya pukul 6, tapi semalam selepas dok merayau baca u all punya blog sampai pukul 2 pagi, kul 6.30 baru cik terjaga despite bunyi alarm tet net tet net tet net...
Imaginelah - kena keluar dari rumah pukul 7.00 sbb anak masuk sekolah kul 7.30. Dari 6.30 ke 7.00 tu cik kena: mandi, solat subuh, iron baju sekolah anak, iron baju cik sendiri, mandi kan anak, masak air, sediakan minum pagi anak, bersiap+make up. Fuhhh.... boleh ke?
Kat opis, dari 8.00 pagi-5.00 ptg aktiviti cik dapat spent:
- 15-20 minit berjln pergi dan balik ke kantin semasa lunch time
- 15-20 minit mkn t/hari
- 15-20 minit solat zuhur
- 30-45 minit sehari untuk mengumpat. masa mengumpat pula ialah semasa sedang xerox, semasa sedang fax document, semasa tgh tunggu print, semasa tengah tunggu panggilan telefon dijawab
- selain dari masa di atas, cik buat keje lah, apa lagi..
selepas pejabat pulak:
- 15-20 minit solat asar
- 15-20 minit drive ke sekolah anak
- 15-20 minit drive dari sekolah anak balik ke rumah
- mandi
- solat maghrib (occasionally + read quran)
- dinner
pukul 10 mlm masuk tido and untuk 3-4 malam yang baru lepas ni cik on-line. Cik on-line sampai dah extra ngantuk, lps tu make sure solat isyak dulu baru masuk tido
Well, wonder when I will be able to read any book (?)
Sebenarnya cik ada la intention nak tambah pendapatan dengan buat MLM, jadi agen insuran (susah wo kena exam dulu+training) tapi hampeh... masa bila entah cik nak buat semua tu. Cik tak sanggup pulak nak buat masa office- tak amanah la buat cam tu. Forever la cik macam ni.

4 comments:
kelako la ko ni..mengumpat tu dah cam awrad harian pulak bunyi nye...heheh
definition mengumpat aku ialah - marah kat bos sebab dia bagi aku byk keje
i took ages to finish up one book disebabkan schedule yang sangat ketat macam awak jugaklah
betul lollies tapi kalau baca novel cepat kut...heheh
Post a Comment